kawe- kawe dr beLOG len yang sudi jd follower aquz..

Thursday 1 December 2011

MINI CERPEN: BILA PRINCESS BERTEMU DENGAN PRINCE HENSEM part 1


MINI CERPEN: BILA PRINCESS BERTEMU DENGAN PRINCE HENSEM part 1

            “Oi bangun ! bangun! Matahari dah tegak atas kepala masih je nak tidur” herdik Puan Rabecca kepada anak tunggalnya iaitu …
            “ Aarrrgghh…mana hantu , mana hantu..sini biar aku sekeh kepala dia” terkejut Chacha dibuatnye
            “Sini biar mak sekeh kepala kau dulu”kata Puan Rabecca kepada anak kesayangannya iaitu Nur Chacha Amanda Adila.
            “Alaa mak kenapa ni kejut cha awal-awal bukan hari ni sekolah pun.. kan hari ni hari sabtu..jawab Chacha sambil bangkit dari pembaringannya
            “Hari sabtu !!!! Kepala hotak kau.. Hari ni hari isnin bukan hari Sabtu.. Cepat bangun, pergi mandi.”
            “Yelah..yelah..” cepat-cepat Chacha mengambil tuala berwarna hijau muda yang tersangkut di dinding biliknya.
            Usai mandi , dihidangkan dengan segelas Milo dan separuh mangkuk nasi goreng je.. Apa lagi dengan lahapnya Chacha makan makanan yang tak sebegitu banyaknya..orang miskin  katakan..
5 minit kemudian..
            Usai makan, Chacha cepat-cepat mengambil beg sandangnya lalu berlari menuju ke sekolah.. semasa berlari , Chacha berlanggar dengan seorang lelaki.Chacha terjatuh di atas jalan tar di hadapan pintu pagar sekolahnya.
            “Woi ! Alien yang datang dari planet Pluto kau takde mata ke  hah!! Selalunya orang jalan guna mata bukan guna lutut macam kau” herdik Chacha dengan nada yang kasar
            “Oi minah tak sedar diri!! Kau yang langgar aku , aku pulak yang kau salahkan.. kau yang lari tak guna mata apasal .. ada hantu ke kejar kau hah!”balas Eddy ataupun nama sebenarnya iaitu Kennedy Gonzales
            “Oi, maknyah berani kau lawan aku!”
            “Ada kau tengok aku mengigil ketakutan…mulut kau yang macam selipar koyak tu jaga sikit aku bukan maknyah, aku gentleman lah…jangan kau pandang rendah aku ya!!!”kata eddy sambil menayang- nayang otot lengannya nya yang baru sejemput.
            “Ape tak dengar ….eerrmm…kalau gentle  …lebih baik kau mintak maaf kat aku sekarang!!”
            “Whatever…what I care ‘bout u bitch kampung pisang” kata eddy sambil berlari meninggalkan Chacha yang sedang duduk bersila di atas jalan tar…
            “Woi!! Tangan aku luka sapa nak rawat.. Dahlah aku terlewat masuk sekolah.”kata Chacha kesakitan.Chacha lalu berdiri dan meneruskan perjalanannya yang tergendala sebentar tadi..
   *       *        *    **           *        *
            Setibanya Chacha di sekolah, Chacha lalu disapa oleh pengawal keselamatan iaitu Pak Sani…Chacha kelam-kabut memikirkan alasannya untuk kali ini.
            “ Nur Chacha Amanda Adila apesal awak lambat datang hari ni… Saya tak nak terima alasan ‘pasal jalan sesak’.. sekarang jugak saya nak awak berjumpa dengan guru displin,” Arah Pak Sani si pengawal keselamatan.
            “Yyy..ya pak Guard”balas Chacha gagap
Semasa berjumpa dengan guru displin
“apesal NurChacha Amanda Adila. Apa kesalahan yang awak buat hari ini.. sebanyak 72 kesalahan yang awak buat selama awak bersekolah kat sini..”Tanya dan nyata cikgu Hazlin
“ Ala cikgu, baru 72 je . kalau dah capai angka 100 baru saya nak berubah…hehe..mmm..eerrrmm…Pak guard kat depan sana yang soroh saya pergi sini”kata Chacha
“yelah..kalau Pak guard dah suruh pergi sini mestilah awak ada kes ,saya nak tahu apa kes awak tu”
“saya datang lewat je”
“Apa!!! Kau datang lewat lagi. Kau tahu, kau dah 34 kali datang lewat ke sekolah. Apa masalah kau sebenarnya?!”
“Tadi semasa saya berlari turun ke sekolah, saya berlanggar dengan seorang lelaki. Tu je lah masalahnya. Tak ada masalah lain pun.” Dengan selamba Chacha menerangkan sebab- musabab dia terlewat datang ke sekolah.
“Setiap kali kau datang lewat sebab kau berlanggar dengan lelaki aje.”
“Tak lah macam tu.”
“Lelaki tu hensem ke?” Tanya Cikgu Hazlin.
“Bolehlah. Mata dia warna hijau kebiru- biruan, hidung dia pula mancung. Kiutlah sikit. Tapi tak nak bertanggungjawab!”
“Hei, kau tu masih bebudak. Jangan nak tergedik- gedik nak usya budak lelaki.”
“Siapa kata saya ni tergedik- gedik cikgu?”
“Ah! Jangan berbelit- belit. Cepat masuk ke kelas kamu. Tentu cikgu kamu sedang menunggu kamu di dalam kelas.”  Apa lagi, Chacha terus angkat kaki dari Bilik Disiplin tersebut.
Tiba di kelas…
“Wassup bro!” Sapa Chacha kepada rakan-rakannya iaitu Risca, Sandra dan Dewi.
“Lewat kau datang hari ini. Kau nak tau.” Kata Risca.
“Tau apa?!! Guru gaduh ke guru baru. Kau ni kan! Kalau kau sebut ‘kau nak tau’ mesti kau nak ber’gosip’ pasal itu semua!” Ujar Chacha. Risca mencemikkan bibirnya.
“Bukan guru gaduh atau guru baru. Tetapi… murid baru. Tu lah kau. Pesimis sangat dengan aku.” Ujar Risca seakan- akan berjauh hati. Kemudian dia menyambung kembali percakapannya yang di’jeda’ nya tadi. “Kacak bukan main lagi budak baru tu. Puhh. Mata dia hijau kebiru- biruan, hidung dia dahlah mancung. Kiut sangat!”
“Ya lah tu. Hidung mancung sangat lah, jangan- jangan mancung lagi hidung beruk peliharaan jiran sebelah rumah aku tu. Huh!”
“Ish kau ni. Main- main pula. kalau kau tengok muka dia. Perghh wa cakap sama lu. Terpesona beb. Terpesona.”
“Whatever, walau sekacak mana pun mamat tu, aku takkan tertarik kat dia pun. Bluwekk. Nak muntah hijau pula aku bila dengar kau asyik puji mamat tu.”
“Kau tengoklah nanti. Sekejap lagi dia sampai.” Balas Risca sambil menjungkit keningnya tanda mencabar Chacha. Sandra dan Dewi Cuma berdiam sahaja dari tadi. Tidak bermaksud ingin turut serta dalam ‘perbalahan manja’ kedua- dua sahabat mereka itu.
15 minit kemudian…
“Chacha cuba kau toleh ke belakang”arah Ricsa
“Apa !”
“Cuba kau tengok tu”Chacha segera menoleh ke arah belakang . Terkejut bukan main kejut. Orang yang Chacha tengok adalah maknyah yang Chacha langgar tadi.Cha segera turun dari atas meja Risca lalu menyapa budak baru tersebut..

Mari berkenalan

Hai, semua! Hahaha. Aku bukan budak genius. Aku bukan budak berharta. Aku adalah aku. Kahkahkah. Suka sangat merendah diri giteww... kuangkuangkuang! Okey dah- dah. Banyak melalut dah ni!

Selamat berkenalan semua! Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan diri ini. Chewah!

SELAMAT BERKENALAN!
+_+'